Dato' Seri Idris dan Dato' Dr Abdullah Mat Zin dijulang selepas menyapu bersih Pilihan Raya bagi Parlimen Besut.
Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat membangunkan Terengganu, biarpun parti itu seakan dilanda tsunami di seluruh negara pada Pilihan Raya Umum Ke-12 di tiga negeri-Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.
BN Terengganu berjaya mempertahankan 24 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN) dan tujuh kerusi Parlimen.
Sementara empat kerusi DUN yang disandang BN sebelum ini gagal dipertahankan pada PRU kali ini termasuk DUN Sura, DUN Ladang, DUN Bukit Payong dan DUN Bukit Tunggal. Manakala Parlimen Marang turut tewas di tangan Pas.
Pun begitu, keputusan PRU Ke-12 yang agak mengejutkan semua pihak terutama jentera parti BN, bukan hanya melanda di Terengganu, malah di seluruh negara. Lagi
Kerajaan hari ini menyangkal dakwaan pihak pembangkang mengenai kewujudan 85,000 pengundi hantu yang akan dibawa masuk ke Terengganu dan Kelantan pada hari mengundi 8 Mac nanti, sebaliknya mereke adalah pengundi yang bekerja di luar negeri itu pulang ke negeri masing-masing sebagai menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan tiada istilah pengundi hantu. Bagaimanapun, mereka adalah pengundi yang tinggal di luar negeri berkenaan yang mempunyai rasa tanggungjawab untuk pulang mengundi di tempat masing-masing.
Sambil berseloroh, Perdana Menteri berkata, pasanglah jerat supaya jika ada pengundi hantu mereka akan terperangkap.
Dato' Seri Abdullah melambai tangan ke arah penyokong Barisan Nasional dan yakin BN akan terus mencatat kemenangan di Terengganu.
Pembangunan yang lebih hebat akan dilaksanakan di Terengganu lima tahun akan datang jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat mentadbir pada Pilihan Raya Umum ke-12, 8 Mac nanti.
“Saya harap rakyat di Terengganu tidak akan merasa ragu-ragu untuk memberi sokongan dan bantuan (kepada BN). Ingatlah lima tahun lalu, penderitaan dan apa yang berlaku yang dikisahkan oleh Dato’ Idris (Dato’ Seri Idris Jusoh) tadi.
“Saya percaya orang Terengganu masih ingat dan ingatlah pula selama empat tahun pembangunan yang telah dibawa ke negeri ini,” kata Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat, di Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini (1 Mac).
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, To’ Puan Seri Utama Jeanne Abdullah; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Abdullah Md Zin; Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Senator Dato’ Wong Foon Meng dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong.
Pilihanraya Umum ke 12 menyaksikan 15 orang muka baru bakal berentap untuk merebut 3 kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri. Kesemua muka baru yang diperkenalkan mempunyai kelayakan yang mantap dan bakal memberi saingan hebat kepada pembangkang. Pemilihan yang dibuat adalah bertepatan dengan kemampuan calon-calon tersebut dan rakyat bakal memperolehi manfaat yang besar dengan kehadiran muka baru yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, pengalaman yang luas dan nilai kepimpinan yang menyerlah! Lagi
Tepat jam 12.30 tengahari tadi (20 Februari 2008), YAB. Dato' Seri Haji Idris Jusoh, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri telah mengumumkan senarai calon Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-12 di Seri Iman, Batu Burok Kuala Terengganu. Berikut adalah senarai calon yang telah diumumkan :
Pembangunan Ekonomi Wliyah Timur (ECER) akan membawa suatu Gelombang Baru Pembangunan Terengganu dengan menekankan atau fokus kepada PENDIDIKAN, PERTANIAN dan PELANCONGAN.
ECER telah dilancarkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri, di Kuala Terengganu 29 Oktober lalu.
Berikut adalah senarai pembangunan utama ECER di negeri Terengganu: Kuala Terengganu City Centre, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu, Pusat Nukleus Pembiakan dan Penyelidikan Kambing, Pelancongan Pesisir Pantai Tanah Besar Penarik-Merang, Pelancongan Pesisir Pantai Tanah Besar Jerteh Kampung Raja, Kuala Besut, Taman Plastik Kerteh, Taman Industri Berat Telok Kalong, Taman Pemprosesan Makanan Cendering, Projek Lembah Agro, Kuala Besut- Setiu-Kuala Berang,Lembah Sitrus, dungun, Projek Agropolitan, Hulu Terengganu, Taman Ilmu Besut, Setiu. Lagi
Pada 21 Oktober baru-baru ini UMNO Terengganu telah membuat laporan polis terhadap Pesuruhjaya Pas Terengganu Dato' Mustaffa Ali yang meunuduh UMNO merancang Rusuhan 8 September 2007 lalu.
Laporan polis itu dibuat oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, YB Dato' Tengku Putera Awang dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Terengganu, YB Dato' Rosol Wahid.
Pada 11 September 2007 telah membuat kenyataan bahawa kononnya PAS mendapat maklumat yang jelas, Umno dan pihak tertentu merancang rusuhan yang berlaku di Batu Buruk, Kuala Terengganu 8 September lepas, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali.
"Saya ingin mengatakan, antara yang terlibat merancang kejadian ini adalah Datuk Wan Farid Wan Salleh, Setiausaha Politik Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang juga Perdana Menteri," kata Mustafa lagi.
YB Dato' Tengku Putera Awang melahirkan rasa kesal di atas sikap pemimpin Pas yang suka menfitnah orang lain atas segala perbuatan buruk yang mereka lakukan; ibarat lempar batu sembunyi tangan dan menuding kepada orang lain yang melakukannya.
Beliau berharap masyarakat dan pengundi sedar akan perkara ini dan dapat menilai yang mana betul dan yang mana bohong. Lagi
Terengganu di bawah pemerintahan BN/UMNO memperbaharui rekod dan memahat sejarah baru apabila 2010 kanak-kanak tadika berusia 5 dan 6 tahun khatam Quran.(Tahun lepas 937 sahaja).
Inilah pendekatan UMNO dalam menjana kekuatan umat Islam melalui pendekatan ilmu dan berusaha melahirkan generasi Ulul Albab. Lagi
Dua minggu yang lalu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Haji Idris Jusoh menemui Sheikh al Azhar.
Turut sama adalah TYT Duta Malaysia ke sana & Tan Sri Hamid Othman, Penasihat Agama Kepada YAB Perdana Menteri. Sheikh al Azhar telah mencadangkan satu Multaqa Bekas Mahasiswa Al Azhar bagi mengumpul Ulama Seluruh Dunia diadakan di Malaysia.
Menurutnya surat berkaitan telah dihantar kpd YAB Perdana Menteri Malaysia, dicadangkan pada Januari 2008. Menurut Dato' Seri Idris, berkata, Terengganu sanggup menjadi tuan rumah multaqa tersebut.
"MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUN" "ISLAM HADHARI, TERENGGANU BESTARI"
Tidakan Pas dan Pembangkang melakukan rusuhan, tidak mematuhi undang-undang dan merosakkan harta awam amatlah dikesali oleh banyak pihak.
Mereka telah enggan mematuhi undang-undang. Pihak polis tidak meluluskan ceramah umum mereka berdasarkan fakta-fakta diadakan di kawasan yang tidak sesuai, lebih-lebih lagi berdekatan dengan istana Bonda Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung.
Ia juga di kawasan perumahan yang sempit, dan penganjur telah bersetuju untuk pindah ke tempat lain.
Tetapi itu hanya penipuan, sebaliknya perhimpunan membabitkan 6,000 orang telah diadakan juga, hingga polis terpaksa menyuraikan. Lagi
Lautan Biru, Terengganu Maju, demikian tema Konvensyen Barisan Nasional (BN) Terengganu 2007.
Konvensyen BN Terengganu yang berlangsung semalam (26 Ogos 2007) telah berlangsung dengan sempurna dan menghasilkan natijah yang baik ke arah memperkukuhkan BN Terengganu, terutama bagi menghadapi pilihanraya umum ke 12 nanti.
UMNO, MCA, MIC dan Gerakan, masing-masing telah membentangkan kertas ke arah memantapkan lagi BN.
Pengerusi BN, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap menutup konvensyen berkenaan mahu semua parti komponen Barisan Nasional (BN) mengukuhkan muafakat yang sedia terjalin supaya perpaduan dalam BN dapat dikekalkan.
Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia meminta parti-parti komponen menggunakan pendekatan berbincang jika timbul sebarang masalah atau berlaku salah faham kerana hanya dengan cara itu BN dapat terus kuat untuk menerajui negara. Lagi
Pada saat yang berbahagia lagi bersejarah ini, patik dengan segala tawaduk menjujung kasih Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku, rasa kesyukuran seluruh rakyat ke hadrat Allah SWT kerana bersama-sama menyambut dengan penuh gembira Perayaan Ulang Tahun yang ke-45 Hari Keputeraan Kebawah Duli Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang DiPertuan bagi negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya.
Syukur Alhamdullilah, kini kita dapat melihat perubahan fizikal dan pemikiran berlaku di Terengganu. Ini terbukti dengan pencapaian kita dalam pelbagai bidang. Rakyat Terengganu hari ini berpegang kepada semangat `Terengganu Boleh’. Bagi orang Terengganu, Tiada Halangan, Hanyalah Peluang dalam mengejar kecemerlangan.
Terengganu hari ini jadi perintis kepada pelbagai program. Perkampungan Hadhari kini menjadi ikutan di seluruh negara. Kita sudah laksanakan Khutbah Multimedia, Program Ulul-Albab, kita diiktiraf Persidangan Peradaban Antarabangsa. Konsep Masjid Hadhari kita juga menjadi ikutan negara. Program tadika cemerlang kita telah Berjaya menghasilkan kanak-kanak yang boleh berbahasa Inggeris. Kita juga perkenalkan sekolah Elit dan Premier, Program English Teaching Assistants dan Taman Tamadun Islam. Kita menjadi penanda aras. Lagi
Dalam fasa kemerdekaan pertama iaitu memperjuangkan kemerdekaan, ianya berlaku sebelum 31 Ogos 1957, di mana pejuang-pejuang kemerdekaan menubuhkan satu gagasan melayu diawal tahun 1945 dan 1946 secara berkembar di bawah Dato’ Jaafar yang memperjuangkan penyatuan orang melayu di bawah gagasan yang diberi nama UMNO dan juga sebuah parti Perikatan dengan gabungan orang Cina dan India pada masa tersebut.
Perjuangan menentang komunis dan perjuangan menentang Malayan Union. Inilah perjuangan asas kita di mana pemimpin-pemimpin kita; Allahyarham Tunku Abdul Rahman ke England dan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin kita dalam menuntut kemerdekaan tanpa berlakunya pertumpahan darah. Detik itu merupakan fasa pertama kemerdekaan kita.
Kita diberi kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan dalam fasa tersebut sehingga hari ini sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-50, ia merupakan fasa kemerdekaan kedua, dalam mengisi kemerdekaan. Kita lihat transformasi negara kita dulunya negara kita tidak dikenali kini negara kita menjadi sebutan di seluruh dunia. Lagi
KEJAYAAN pasukan Formula Future negara merampas kembali gelaran juara dunia di Leer, Jerman, Ahad lalu, bagi menebus kehampaan tahun lalu selepas status itu ‘dirampas’ Itali dengan cara yang agak kontroversi.
Dua emas sumbangan Khairuddin Abdul Khalil dan Syazwan Mohd Noor, masing-masing untuk Kelas Satu dan Dua serta tiga perak dari Tengku Hanisah Tengku Mohammad Zainal (Kelas Satu), Muhammad Faqih Noor Hamzah (Kelas Empat) dan Syed Abdul Razique (Kelas Lima) manakala Azri Yahya (Kelas Dua) mendapat gangsa.
Kejayaan itu membolehkan skuad negara mengumpulkan 2,200 mata keseluruhan, 75 mata mengatasi tuan rumah. Lagi
Konvensyen UMNO Terengganu, bertemakan Lautan Biru Terengganu Maju bakal diadakan pada 26 Ogos 2007 bertempat di Telok Warisan, Pulau Duyong.
Ia akan disertai kira-kira 1,000 peserta terdiri dari kalangan parti UMNO, MCA,MIC dan GERAKAN.
YAB Pegerusi Barisan Nasional yang juga Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi dijangka akan menyampaikan ucapan dan amanat pada sebelah petang. Lagi
UMNO Bahagian Tenom, Sabah mengambil contoh tindakan UMNO di Terengganu yang tidak mempertandingkan G7 dalam kesemua persidangan UMNO Bahagian.
Ketuanya, Datuk Rizalman Abdullah berkata, beliau mengkagumi kepimpinan Dato' Seri Idris Jusoh yang banyak membuat perubahan dan pendekatan baru di Terengganu pada masa kini dengan pantas sekali.
"Dulu sebenarnya saya pernah bersekolah di Besut di bawah tajaan Yayasan Sabah, kini orang Besut dah jadi Menteri Besar Terengganu pula," katanya mengimbasi nostaljia tahun-tahun 70 an dulu.
Beliau berkata demikian ketika berucap mengalu-alukan YAB Dato' Seri Idris Jusoh (Pengerusi UMNO Terengganu) bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tenom 11 Ogos lalu. Lagi
"Inilah dia, Wira Gelombang Biru...ketika kita baru menyebut tentang Strategi Lautan Biru tahun 2007, beliau telah memperkenalkan Strategi Gelombang Biru sejak 2004 lagi," tegas YAB Dato' Seri DiRaja, Tajul Rosli Ghazali, Pengerusi UMNO PErak yang juga Menteri Besar Perak.
Beliau menegaskan demikian ketika berucap mengalu-alukan kehadiran YAB Dato' Seri Idris Jusoh bagi merasmikian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gerik yang diketuai sendiri oleh MB Perak itu pada 12 Ogos baru-baru ini. Lagi
UMNO Bahagian Seputih bersetuju untuk membawa IMTIAZ iaitu "School of Excellence' yang merupakan produk pendidikan Kerajaan Negeri Negeri pimpinan Dato' Seri Idris Jusoh untuk diwujudkan juga di Wilayah Persekutuan, khususnya di Parlimen tersebut.
Ketua UMNO Bahagian Seputih, Datuk Hisham Abd Majid berkata, IMTIAZ yang diilhamkan oleh Menteri Besar Terengganu merupakan pendekatan hebat untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi profesyen dan pengetahuan, pada masa yang sama memahami dan mendalami ajaran agama Islam. Lagi
Timbalan Presiden UMNO, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak meingingatkan ahli-ahli UMNO supaya tingkatkan perpaduan untuk berdepan dengan pilihanraya umum ke 12 nanti.
Berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus baru-baru ini, 21 Julai 2007 beliau menyifatkan orang UMNO dan pimpinan UMNO selalunya "reti bahasa" bila menjelang pilihanraya mereka akan kuat bersatu untuk berdepan dengan lawan. Lagi
Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang juga Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd.Najib Tun Razak telah merasmikan kedua-kedua mesyuarat perwakilan UMNO bahagian itu pada Sabtu, 21 Julai 2007.
Beliau tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 9.30 pagi dan berlepas ke Sek. Men. Teknik, Jalan Lapangan Terbang bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus.
Pada jam 3.00 petang beliau akan terus ke Hulu Terengganu iaitu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu bagi merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu. Lagi
Menteri Besar Terengganu yang juga Pengerusi Badan Pehubungan UMNO Terengganui, Dato' Seri Haji Idris Jusoh adalah seorang pemimpin yang cakna rakyat dan sentiasa "turun padang", menemui dan bermesra serta menyelami masalah rakyat.
Beliau bertemu terus dengan pelbagai lapisan rakyat tanpa sebarang protokol, supaya mendapat maklumat secara "first hand information" daripada pihak terbabit sendiri.
Pada 16 Julai baru-baru ini beliau turun padang menemui penjual kuih di Pasar Pekan Batu Enam, Kuala Nerus (Jalan Kelantan, diiringi oleh YB Dato' Haji Mohd Nasir Ibrahim Fikri, Ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, pimpinan Persatuan Penjaja dan beberapa orang pegawai dari Majlis Perbandaran Kuala Terengganu, Unit Komunikasi Negeri, Jabatan Kerja Raya (JKR), Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) dan lain-lain serta Ahli-ahli Jawatankuasa UMNO Kuala Nerus. Turut sama ialah YB Dato' Rosol Wahid, Setiausaha UMNO Negeri Terengganu.
TERENGGANU mampu menjadi ‘pencetus aliran’. Janji Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika kempen pilihan raya umum lalu untuk membawa sesuatu yang tidak pernah dimimpikan rakyat Terengganu sudah direalisasikan apabila satu demi satu projek dilaksanakan di negeri itu.
Antara contoh apa dikatakan Perdana Menteri itu dapat dilihat apabila Terengganu julung kali menganjurkan kejohanan kapal layar dunia Piala Monsun yang menghimpunkan pelayar terkemuka dunia sejak dua tahun lalu.
Kejohanan pada November setiap tahun itu berjaya menarik ramai penonton dan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia, walaupun rakyat Terengganu sebelum ini menganggap musim tengkujuh adalah masa untuk ‘berehat’ daripada aktiviti laut.
Justeru, program ‘Memahat Sejarah Membina Tamadun’ dilancarkan Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh bagi mengubah pemikiran rakyat untuk menjadi insan cemerlang, adalah usaha bersepadu mengangkat martabat orang Terengganu. Lagi
Malaysia menghantar Tan Sri Nor Mohamad Yakcop, Menteri Kewangan Kedua, dan YAB Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Terengganu pada Forum Ekonomi Dunia pada 24-25 Jun lalu di Singapura.
Beberapa pemimpin ternama serantau yang turut hadir termasuk Gloria Macapagal Aroyyo, Presiden Filipina; Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura, George Yeo, Menteri Luar Singapura; Dr. Mari Pangestu, Menteri Perdagangan Indonesia, dan Nguyen Sinh Hung, Timbalan Perdana Menteri Vietnam.
Di samping itu beberapa tokoh korporat ternama dunia yang turut hadir termasuk Carlos Ghosn, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Nissan, Jepun dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Renault, Perancis; Peter Torreele, Pengarah Urusan Forum Ekonomi Sedunia; Rajat Nag, Pengarah Urusan Bank Pembangunan Asia; James Riady, Ketua Pegawai Eksekutif Lippo Group of Companies, Indonesia; dan KV Kamath, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif ICICI Bank, India. Lagi
PROGRAM Memahat Sejarah Membina Tamadun adalah salah satu dari sekian banyak cetusan idea Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh sebagai usaha merubah `mind set" rakyat Terengganu.
Ia adalah suatu visi untuk mencipta tamadun baru Terengganu, melalui pencapaian demi pencapaian orang Terengganu dalam pelbagai bidang dengan semangat rakyat Terengganu boleh.
Dato' Seri Idris yang merupakan ariktek baru "Terengganu Lening' yang mengambil tampuk pemerintahan Terengganu sejak tiga tahun lalu telah membawa banyak perubahan segera kepada Terengganu, baik dari segi fizikal mahupun perubahan minda. Lagi
Bagi memantapkan jentera penerangan, khususnya sebagai persediaan menghadapi pilihanraya, Biro Penerangan UMNO Terengganu yang diketuai YB Shabery Cheek mengadakan Retreat pada 21 hingga 23 Jun 2007, di ibukota.
Sesungguhnya Retreat ini penting ke arah memantapkan kerja-kerja penerangan supaya rakyat tahu tentang kejayaan-kejayaan kerajaan BN, khususnya di Terengganu pada masa kini, di samping menjelaskan kezaliman dan porak-pranda serta salahguna kuasa semasa PAS memerintah Terengganu yang lalu(1999).
Ia penting agar dalam pilihanraya umum akan datang (pilihanraya ke 12) rakyat akan terus memberi mandat kepada BN dan tidak sekali-kali menyokong PAS yang telah terbukti kegagalannya mengurus dan mentadbir.
Selamat menyertai retreat kepada semua yang datang dari jauh dan dekat. Lagi
Selain laporan berita kehebatan anak negeri Terengganu ke puncak Everest, tahukah anda Bendera Negeri Terengganu turut berkibar bersama-sama 16 penerjun Ekspedisi Terjun Bebas Kutub Utara Putera UMNO hari ini berjaya melakukan penerjunan di Kutub Utara pada pukul 4.20 pagi waktu tempatan (10.20 pagi waktu Malaysia).pada 23 April baru-baru ini.
Ini kerana anak Terengganu, Hazran Mohamad , anak yang mewakili media elektronik arus perdana telah sempat mengibar bendera Terengganu ketika berada di kutub utara itu. Lagi
Jika ingin mempastikan tidak ada yang melanggar peraturan dan melakukan perkara yang tidak bermoral, suatu tindakan perlu diambil ke atas mereka yang berbuat demikian sebagai suatu pengajaran.
Sekiranya hukuman tidak diambil, ramai yang akan melakukan perkara tidak beretika dan yang lebih parah, semakin ramai tanpa segan silu menggunakan wang untuk meraih sesuatu kedudukan dan sebagainya, termasuk dalam bidang politik.
Demikian antara lain rumusan dalam Seminar Pemantapan Integriti Politik Peringkat Negeri Terengganu baru-baru ini (10 Jun) di Wisma Darul Iman. Pendapat ini turut dipersetujui Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Idris Jusoh yang merasmikan seminar tersebut. Lagi
Jentera pilihanraya Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu siap siaga menghadapi pilihan raya pada bila-bila sahaja.
Pelancaran jentera Pergerakan Puteri itu telah dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Haji Idris Jusoh telah dilakukan kelmarin 9 Jun 2007. Ribuan ahli puteri dari seluruh Bahagian/Parlimen di Negeri Terengganu hadir. Lagi
Kepimpinan Dato' Seri Haji Idris Jusoh mendapat sokongan padu dari golongan veteran UMNO.
Mereka menyifatkan kepimpinan sekarang dinamik dan banyak membawa perubahan dan pada masa yang sama mereka sebagai pendokong parti sejak sekian lama tidak dipinggirkan.
Baru-baru ini mereka beramai-ramai berkunjung ke Seri Iman, kediaman rasmi Menteri Besar dan diraikan oleh Menteri Besar Dato' Seri Idris. Lagi
Gerakkan Pemuda! Demikian kata, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia Datuk Paduka Mohamad Norza Zakaria.
"Kita perlu turun padang berjumpa pengundi, mendengar luahan hati mereka," katanya sewaktu Perasmian Berkelompok Pemuda UMNO Telok Pasu dalam Bahagian Kuala Nerus Jumaat lalu (4 Mei).
Beliau mengingatkan pembangkang akan mengambil kesempatan di atas sebarang kelemahan UMNO dan BN, justeru itu kuatkan ikatan perpaduan untuk menghadapi pilihanraya. Lagi
(SEKITAR KEHADIRAN YAB DATO' SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK, TIMBALAN PRESIDEN UMNO KE MARANG 20 APRIL LALU). Timbalan Presiden UMNO Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang melancarkan slogan baru Umno Terengganu "Lautan Biru" berharap UMNO Terengganu terus berusaha melakukan pembaharuan bagi memastikan kehidupan rakyat di negeri itu lebih baik (pelancaran lautan Biru di Parlimen Marang pada 20 April 2007 baru-baru ini.)
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri juga yakin perubahan slogan daripada "Gelombang Biru" kepada "Lautan Biru" akan memberi nafas baru kepada Barisan Nasional (BN) Terengganu untuk menghadapi cabaran politik di negeri ini.
"Lautan Biru ada strateginya, bukan sekadar slogan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan slogan "Lautan Biru" peringkat Parlimen Marang di padang bola Kampung Kelulut. Turut hadir ialah Menteri Besar Datuk Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Abdul Rahman Bakar yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang. Lagi
Ketua Puteri UMNO Terengganu, YB Puan Nordiana Datuk Shafie berkata, Pergerakan Puteri perlu terus menyumbang tenaga penting untuk bersama-sama mempastikan kemenangan dalam pilihanraya akan datang.
Beliau ingin melihat puteri mencontohi pengorbanan dan daya tahan yang terdapat pada kakak atau bonda mereka itu pergerakan wanita yang sedia berdepan dengan pelbagai kesukaran demi berjuang untuk kemenangan UMNO/BN.
"Sanggup pergi berkempen rumah ke rumah, mendapatkan maklumat sekaligus membantu wakil rakyat menolong rakyat di dalam kawasan yang menghadapi kesulitan hidup, dengan memberikan maklumat yang tepat," ujarnya yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Lagi
Kehebatan Terengganu terserlah lagi apabila beberapa tokoh akademik dari negeri ini menerima awards sempena Hari Intelektual Kebangsaan baru-baru ini.
Mereka ialah: 1. Prof Noranieni Moktar yang memenangi National Best Design Award. Beliau berasal dari Besut Terengganu.
ii. Dr. Najihah bt Musa dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) atau sebelum ini dikenali sebagai KUSTEM yang memenangi National Individual Design Award.
Menteri Besar, Dato' Seri Idris melahirkan rasa gembira di atas kehebatan itu. Lagi
Umno Terengganu turut menyumbang kemenangan calon BN K.Parthiban dalam Pilihanraya kecil di Ijok dengan majoriti 1,850 undi mengalahkan calon parti keadilan, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Badan Perhubungan UMNO, termasuk sayap-sayap Wanita, Pemuda dan Puteri masing-masing mengadakan gerakan kempen sehingga ke hari mengundi.
YAB Dato' Seri Idris Jusoh sendiri mengetuai pelbagai program yang diatur dengan pengundi/penduduk termasuk gotong-royong, majlis penerangan, kempen rumah ke rumah dan sebagainya. Lagi
UMNO dan BN Terengganu tidak ketinggalan menyertai perarakan penamaan calon, bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Ijok, Selangor.
Ia diketuai sendiri Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu YAB Dato' Seri Idris Jusoh. Kira-kira 350 telah bersama-sama dengan pemimpin kesayangan mereka itu dengan membawa laungan "lautan biru" dan nyayian lagu "na na na tranung kite..' yang pernah dipopularkan oleh Saleem Iklim. Lagi
Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd.Ali Rustam telah bertemu para pemimpin UMNO Bahagian-bahagian di Terengganu baru-baru ini.
Ia adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di samping bertemu mesra dengan kempimpinan di Terengganu, bertempat di sebuah hotel di Kuala Terengganu. Lagi
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu telah siap sedia untuk hadapi pilihanraya dan jentera mereka telah dilancarkan kelmarin 7 April 2007 oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato' Seri Haji Idris Jusoh.
Seramai kira-kira 5,000 pemuda UMNO dari seluruh negeri Terengganu berhimpun di majlis itu melafazkan ikrar taat setia kepada parti dan kepimpinan seluruh peringkat, bagi menghadapi pilihanraya. Lagi
Pada 2 April 2007 jam 8.30 malam adakan diadakan Malam Kemuncak Memahat Sejarah Mencipta Tamdun Negeri Terengganu, bertempat di Stadium Negeri Terengganu.
Orang ramai adalah dijemput hadir. Penyanyi terkenal dari Terengganu, misalnya Faizal akan hadir sama membuat persembahan khas secara peribadi di majlis itu.
Dijangka 5,000 orang akan berhimpun di Malam Kemuncak MSMT itu untuk mendengar ucaptama dari Menteri Besar dan melihat persembahan dari pemenang-pemenangan pertandingan Puisi, Nasyid, Pidato, Dikir Barat dan sebagainya sempena Program MSMT itu. Lagi
Selamat tinggal PAS yang sebelum ini kebanyakan berlaku di Bahagian Besut, kini telah merebak pula ke Bahagian Dungun.
Terkini pada 22 Mac, seramai 113 orang pendokong PAS dari Kampung Pinang Baru, Dungun (DUN Bukit Besi) telah menyertai UMNO dan meninggalkan PAS.
Bagi mereka, selama ini mereka menyokong PAS untuk memperjuangkan Islam, tetapi rupanya didapati kepimpinan PAS sudah jauh menyeleweng dengan meletakkan kebendaan sebagai asas utama mereka. Lagi
Yang Amat Berhormat, Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak akan melancarkan Jentera Pilihanraya Terengganu pada 16 Februari 2007 di Dungun Terengganu. Lagi
Menteri Besar, Dato' Seri Haji Idris Jusoh sentiasa mengambil berat masalah rakyat. Hari ini (23 Disember 06) beliau telah meninjau penduduk di Pantai Kuala Ibai dan sekitar yang menghadapi banjir, khususnya berikutan ombak besar.
Rumah-rumah yang mereka diami di pinggir pantai berdepan dengan ombak besar. Kerajaan Negeri tidak akan membiarkan rakyat dibebani masalah dan kesukaran dengan sentiasa menghulurkan bantuan kerajaan Kerajaan BN adalah kerajaan yang sentiasa prihatin dan bersedia untuk membantu rakyat dalam apa jua keadaan sekalipun.
Rakyat di Pulau Duyong menyambut baik penganjuran Monsoon Cup. Mereka tidak terpedaya dengan dakyah pembangkang yang kononnya Monson Cup mengundang pembaziran.
Pada 23 Disember satu jamuan rakyat telah diadakan untuk mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan sokongan rakyat diadakan di Dewan Sivik Pulau Duyong yang dihadiri oleh ADUN Bukit Tunggal, YB Dato' Haji Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri.
Mereka tahu tuduhan Haji Hadi Awang (bekas MB Terengganu) kononnya Monsoon Cup menyebabkan RM200 juta wang rakyat dibelanjakan, sedangkan perbelanjaan adalah ditanggung oleh penaja. Mereka hairan bagaimana seorang yang menamakan dirinya "Tuan Guru" sanggup berbohong dan menabur fitnah yang berlawanan sama sekali dengan ajaran Islam. Lagi
Pembangkang selalu membuat fitnah kononnya pembinaan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man tidak membabitkan kontraktor tempatan.
Ini merupakan suatu pembohongan yang nyata atau fitnah yagn sengaja dibuat oleh pimpimpin-pemimpin Pas yang kononnya ulama dan warak, tetapi fitnah mainan harian mereka.
Berikut adalah disenaraikan fakta-fakta yang tepat mengenai beberapa isu yang berbangkit supaya tidak sampai rakyat terus percaya dengan fitnah. Lagi
Berikut adalah laporan/berita yang disiarkan oleh laman web yang diusahakan oleh Pas:
(Sidang DUN: BN mohon bantuan PAS tangani kemiskinan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam Hadhari dan Kebajikan negeri, Datuk Rosol Wahid (BN-Ajil) sekali lagi memohon bantuan wakil rakyat PAS untuk bersama-sama kerajaan negeri menangani masalah kemiskinan yang kadarnya semakin meningkat sekarang.
Permohonan itu terutamanya beliau tujukan kepada Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS – Rhu Rendang) yang mengemukakan soalan bertulis mengenai kemiskinan.) Lagi
Pelajar Sekolah Kebangsaan Kg. Fikri Pantai, Setiu yang mendapat 5A. 4A dan 3A dalam UPSR baru-baru ini telah mendapat perhatian dua Ketua UMNO Bahagian, iaitu Ketua Umno Bahagian Setiu, Datuk Mat Jidin Shafie dan YB Ketua Umno Bahagian Kuala Nerus, YB Dato' Mohd.Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri.
Pada Sabtu lepas. kedua-dua pemimpin Umno itu telah menyampaikan hadiah kepada pelajar berkenaan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan JKKK berkenaan bertempat di sekolah tersebut.
Menurut Guru Besarnya, Mat Salleh Abdul Wahab sekolah kecil dan pelajar yang menduduki UPSR 2006 hanyalah 13 orang sahaja, (sekelas) dari jumlah itu 3 orang mendapat 5A, dua orang mendapat 4A dan seorang mendapat 3A. Lagi
Rakyat Terengganu perlu bersedia untuk mempastikan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di negeri ini dapat diambil peluang bagi memperolehi pendapatan masing-masing. Jika sekiranya ini tidak berlaku dan dilakukan, apa pun yang kerajaan buat untuk rakyat, ia tidak dapat dinikmati oleh rakyat, kecuali yang berusaha dan tahu mendapatkan peluang.
Demikian kesimpulan dari Diskusi Bajet yang diadakan Ahad lalu di Wisma Darul Iman anjuran Unit Komunikasi dengan kerjasama Biro Ekonomi Umno Negeri Terengganu.
Tiga orang ahli panel yang diundang dalam diskusi tersebut terdiri dari YB Ahmad Shabery Cheek, Ketua Penerangan UMNO Terengganu (Setiausaha Parlimen Kementerian Luar) YB Dato' Mokhtar Nong, Pegawai Kewangan Negeri dan Ahmad Roslan Dato' Dr Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc.
Orang ramai dijemput untuk menyertai Diskusi Bajet Terengganu 2007 pada hari Ahad 10 Disember ini, bertempat di Dewan Teater, Wisma Darul Iman anjuran Unit Komunikasi Negeri dengan kerjasama Biro Ekonomi Umno Negeri Terengganu.
Dua orang ahli panel yang akan membicarakan Bajet tersebut ielah YB Pegawai Kewangan Negeri Terengganu sendiri, iaitu YB Dato' Haji Mokhtar Nong.
Seorang lagi ahli panel ialah YB Ahmad Shabery Cheek, Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri yang juga Ahli Parlimen Kemaman dan Ketua Penerangan UMNO Negeri Terengganu. Lagi
Adun Pas Batu Burok, Dato’ Wan Mutalib Embong gagal membuktikan kepada dewan tentang tuduhannya bahawa orang UMNO bila bersyarah menyatakan UMNO ada duit, PAS tidak ada duit hendak tolong rakyat.
Adun Bukit Besi, YB Haji Din Adam bangun mencelah meminta Wan Mutalib membuktikan tuduhannya siapakah orang UMNO yang bercakap begitu, tetapi tidak dapat dibuktikan oleh Wan Mutalib.
“Munasabah doh wakil Batu Burok kerana cakap bohong dan pelawak sokmo” tegas Haji Din yang juga Exco Kerajaan Negeri Terengganu. Lagi
Persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini 5 Disember 06 diberitahu bahawa:
Pembinaan rumah PPRT: semasa Pas mememerintah (1999-2004) hanya 52 buah dibina, tetapi dalam tempoh 2 tahun pemerintahan BN (2004-22006) sebanyak 3299 buah dibina.
Perkara ini dinyatakan oleh Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Rosol Wahid. Sessi soal-jawab di sebelah pagi. Lagi
Bekas Menteri Besar, Dato Seri Haji Abdul Hadi Awang terpaku pucat lesi membisu seribu bahasa di kerusi ketua pembangkang di persidangan DUN hari ini (5 Dis 06) apabila beberapa senarai pembohongan beliau dikemukakan oleh ADUN Kemasik (BN), Dato' Abu Bakar Ali.
Antara pembohongan yang didedahkan ialah ucapan Haji Hadi di persidangan DUN semasa menjadi Menteri Besasr dahulu bahawa Exco Kerajaan Negeri dibawah PAS yang menjadi Pengerusi kepada syarikat kerajaan hanya sementara dan tidak mengambil sebarang elaun, tetapi sebenarnya menerima elaun. Lagi